Your shopping cart is empty!
Wilayahku Online Article: 134 sekolah terima sumbangan kasut sekolah Abaro.
KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar kasut, Resta Enterprise Sdn. Bhd. menyampaikan sumbangan kasut sekolah kepada 134 buah sekolah seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pengarah Urusannya, Bill Siah Eng Fong berkata, program tersebut dilaksanakan untuk membantu masyarakat dan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).
“Menyedari keadaan warga kota yang berpendapatan rendah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk menyediakan keperluan persekolahan, jadi kami mengambil peluang untuk menggalakkan orang ramai menyertai kempen pendermaan kasut sekolah seperti ini. <Read more here>