Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) through Lembaga zakat Selangor (LZS) 2022
Klik SINI untuk Tebusan Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) – TERAS
ABARO's CSR Projects
OUR Client's Projects
Activities
Catalogue

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) through Lembaga zakat Selangor (LZS) 2022

Posted by Sabrina-Abaro 31/12/2021 0 Comment(s) OUR Client's CSR Projects 2022,

PKNS THRU LZS BACK TO SCHOOL PROJECT 2022

SHAH ALAM, 13 Disember 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan zakat sebanyak RM32,557,590.00 (RM32.6 juta) kepada 31,954 orang ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta mualaf di seluruh Selangor bagi membiayai persiapan persekolahan sesi 2022.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Mufti Selangor, Dato’ Dr Anhar Opir di hadapan 150 orang asnaf di sini hari ini.

Bantuan persekolahan ini diagihkan setiap tahun bagi meringankan beban asnaf yang berdaftar dengan LZS terutamanya dalam menyediakan kelengkapan persekolahan dan menampung kos yuran untuk anak-anak mereka.

Bagi sesi persekolahan 2022, seramai 66,160 orang pelajar bermula dari peringkat pra sekolah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah akan mendapat manfaat melalui agihan zakat yang diperuntukkan.